Nice 2 share..

"Make urself a better person and know who u r be4 u try and know someone else and expect them 2 know u.."

Tuesday, March 29, 2011

Love You A Thousand Times..korean drama

..The best korean drama 2009 - Love you a thousand times. Skrg astro beyond tgh main drama ni kat cenel 393. Dah episod 23 dah..hehe..memula aku tak berkenan gak cite ni..sbb berkenaan dgn ibu tumpang (surrogate mother)..tp lama2 best plak.. Cite ni mengisahkan sepasang suami isteri yg dah lama berkawin tp takde anak..pastu ambil jalan akhir dgn membayar seorang ibu tumpang. Kebetulan ibu tumpang ni (anak dara) memerlukan duit utk kos pembedahan ayahnya. Mereka saling tak mengenali antara 1 sama lain..sampaila 1 aritu ibu tumpang ni bekerja di sebuah syarikat milik keluarga ini..dan jatuh cinta dgn adik ipar pasangan tersebut. Apa kesudahannya..? Sekarang ni dah episod ke 23..drama penuh konflik ni best jalan citenye..tak membosankan..55 episod. jomla layan..actually cite ni kul 5.35pm tiap ari, isnin-jumaat..tp ada ulangannye malam hari..kul 11.30pm dan esok harinya kul 11.15am. Biasala, astro kan ada siaran ulang tayang berkali2..hehe. So, sesape yg suke layan cite2 love story mcm aku..mmg best cite ni..so sweet..boleh senyum sensorangla..hehe. Nak beli DVD pun ade..kat youtube plak..aku dah try cari tp tak jumpe..mmg takde pun!

Email dari sahabat yg ikhlas bila bersahabat..

Email..mcm2 email aku dpt tiap hari..ada yg bagus, ada gak yg tak bagus..saje nak memenuhkan inbox. Kenapa aku bercakap pasal email? hurm.. ..apa perasaan kalau dpt email mcm ni dari seorang kawan yg jujur dan ikhlas hatinya? ini adalah keratan email dari ex officemate (BMA) aku..tak perlu aku sebutkan namanya tp dia adalah tmpt rujukan aku..orgnya merendah diri tiap kali bicara, soft spoken, tiap kali dia reply email aku, mesti ada ilmu yg aku dapat..dah agak lama aku tak beremel dgnnya..takdela email yg merapu, kan? sesungguhnye hati aku tenang bila dpt email2 mcm ni..

Inilah dia penangan sahabat..yg baik akan dikenang..yg buruk dijadikan tauladan..dalam mencari sahabat, carila yg jujur, ikhlas bersahabat dgn kita..bukan kerana sesuatu. Sahabat yg baik sanggup bersusah senang bersama, ketawa menangis bersama..bukan melukai hati sahabatnye dari masa ke semasa..

Friday, March 18, 2011

Reading..

N3 kali ni pasal bahan bacaan..Bahan bacaan terbaik dah tentu Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran jiwa yg kacau boleh menjadi tenang..kalau dapat kita fahami maksud ayat-ayat Al-Quran lg bagus..sbb kita dpt menghayatinya..dan boleh membuatkan kita menitiskan air mata. Terasa betapa kerdilnya kita di sisi-Nya. Betapa hanya dgn Dia kita memohon pertolongan, mengadu, mengucap syukur dan sebagainya, tapi kita sombong tak nak pun membaca Al-Quran..Bacalah walau sebaris ayat. Ada beberapa Al-Quran di rumah aku ni..antaranya ada yg aku beli sendiri, hadiah masa kahwin, dan pemberian ex boss aku (DYJ) masa beliau nak menunaikan haji, beberapa tahun lalu..

Ini pulak Al-Quran pemberian Abah & Mak. Dibeli di Mekah masa menunaikan umrah tahun lalu (6-16 July 2010). Mereka beli 4 buah Al-Quran, utk ketiga-tiga orang anak mereka dan 1 lagi utk mereka baca di rumah. Terima kasih, abah & mak. Dan buku 99 Solat Sunat tu, aku gunakan utk mendalami lagi cara solat2 sunat.

Ini pulak novel2 aku yg tak seberapa. Takde masa nak membaca..sebab kalau dah baca aku tak boleh buat keje lain..mengadap je buku. Pastu ada gak buku2 information dan buku2 agama..berdikit2 la..tak gitu? Kalau berubah terlalu drastik tu berlakon namanye..hehe..

Ini?? Majalah Ujang..kenapa aku beli majalah ni? Isk..utk hiburkan hati aku yg tensen!..beli baca gelak sensorang..tp kalau dah tensen tahap gaban, baca majalah ni pun takde perasaan. Muke poyo je..Hampeh! hahahahha..betul..aku tak tipu..muke cencorot je..sbnrnye aku tak abis pun baca majalah ni..ni tahun lepas punye!!

Huh! Ini pulak..aku beli sbb nak decorate umah aku supaya jadi cantik gittew..tp tak kemana jugak sbb tak reti menghias umah..gitu la gak pattern umah aku..hehe..sekurang2nya bila ada magazine ni blehla cari idea nak tukar2 kedudukan perabot dlm umah..wlupun hakikatnya perabot yg sama gaks..hahahaha..betul la tu..takkan tiap2 bulan nak tuko perabot kot..tokey emas pun bengkrap..huhu..Apapun jgn membazir, guna apa yg ada..gunakan ruang yg ada, jgn terburu2 beli itu & ini sbb semuanya akan berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman, k. So, fikir sblm membeli..cayalah!

Dan ini pulak majalah selingan yg kadang2 beli, kekadang tidak..ikut topik hangat la yg aku rasa berkenan nak baca..yg menyentap hati aku nak beli..hehe..dulu aku kerap beli majalah Rapi..sbb byk info pasal kesihatan, pemakanan dlm tu..dan HB aku plak suke baca komik kat belakang majalah rapi tu..hehe..sekarang ni dah jarang aku beli sbb kalau beli pun aku x habiskan baca..so kategori kekadang jugak la ni..

Tapi majalah Harmoni ni, aku ttp beli dari masa ke semasa..kalau aku tak beli pun HB mesti belikan..mcm 2 hari lepas, dia belikan aku the latest keluaran Majalah Harmoni. Thanks a lot kerana memahami..pastu aku mula la mengadap majalah sampai lupa segala2nya..hehe..apapun blum abis baca lg..amik masa skit..
Apapun, kita kenalah membaca..terutamanya suratkhabar..penting tu utk kita tau perkembangan terkini di sekeliling kita. Pagi2 sebelum mulakan keje, baca suratkhabar dulu ok..so bila sembang ngan kawan pasal perkembangan semasa, takdelah rasa ketinggalan..hehe..pd yg ada anak2 tu, terapkan nilai suke membaca, belikan anak2 buku supaya dia jd minat membaca..so, selamat membaca semua..

Monday, March 14, 2011

Kawal Emosi

Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya, sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri.

Seorang penyair ada mengatakan,

"Apabila air mata ini mengalir dengan derasnya namun tidak menuju kebahagiaan, maka air mata itu adalah sia-sia".


Jadi, kawal emosi dan usah biarkan ia menguasai diri kerana jika emosi di luar kawalan, ia mengundang bisikan syaitan. Oleh itu, reda akan setiap perkara yang ditakdirkan ke atas diri dan mohonlah keberkatan dalam setiap amal kebajikan yang dilakukan.


Allah berfirman:

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaku, masuklah ke dalam syurga-ku".
- Al-Fajr:27-30.



Sumber: Majalah Nur.
Keluaran Disember 2009.
Ruangan Hadith & Falsafah.



Kenapa aku taip semula dalam blog aku ni? Sebab ia memberi kesedaran dan motivasi pada diri aku..semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran yg silih berganti dalam hidup kita ni..yg pastinya di dunia yg sementara ni. Kenapa majalah 2009? Dan bukan 2011? Kerana aku baru je berpeluang membelek2 majalah lama simpanan aku..yg sebelum ni aku tak sempat nak baca..boleh gitu? Biasala, ada masa kita nak bukak balik majalah2 lama dalam simpanan kita..sebab tu, majalah aku tak buang..sayang beb! byk information dlm tu, resepi, busana, interior design..mmg mcm2.. tp tu ler..masa pindah randah mmg kena marah le sbb berat nak mengangkat..pekakkan telinga je..sekarang majalah2 aku byk aku letak kat umah mak di kg. hehe..itupun byk yg dah kena ambil ngan sedara mara..ambik baca ok, tp jgn la dibuang ek..hehe..

Sunday, March 13, 2011

Maulidur Rasul.

N3 kali ni bersempena Maulidur Rasul di kg aku..bertempat di surau..Sabtu malam Ahad (12 Mac 2011). Jemaah yg hadir agak ramai juga wlupun pd mlm yg sama ada majlis yg serupa di kg bersebelahan..Kebetulan dibuat hujung minggu, bersempena cuti sekolah pulak tu so anak2 yg duduk jauh pun ambil kesempatan balik meraikan majlis tersebut, sambil menziarahi org tua masing2 di kg.


Abah mmg berharap agar majlis tu dpt dibuat hujung minggu supaya kami dpt balik kg..berkebetulan abah ada buat Aqiqah seekor kambing utk cucu barunya..jadi kambing tu disedekahkan ke surau. Moga semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.


Petang tu, hujan turun dgn lebatnya. Abah dah pegi dulu sebelum Maghrib. Lepas solat maghrib aku, hubby, mak & mak long ke surau nek kete..nak berjemaah solat Isya' di sana. Selesai solat Isya', semua jemaah diberi makan..Nasi beriyani, lauk daging kambing, kari ayam dan juga acar timun + nanas. Makan pulak dalam dulang besar..seronok! Air minuman mlm tu, Oren. Dan ada juga yg sedekah buah nangka..Alhamdulillah kami dpt makan di tempat solat perempuan..hanya kami berenam jemaah perempuan..Dapat makan dengan selesa dan tenang..Yg lainnya makan di dalam Dewan Hj. Ibrahim.

Ustaz malam tu bekas Imam Masjid Rengit..kiranye baru seminggu beliau dipindahkan ke masjid Yong Peng..aku sendiri tak pasti Masjid yg mana di Yong Peng tu..Ustaz muda dan bertenaga memberi ceramah. Ceramah mlm tu berkisar tentang sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga akhlak Nabi dan para sahabat. Dikaitkan dengan akhlak manusia zaman sekarang, mmg jauh bezanya. Ustaz menggalakkan semua yg hadir utk kerap menghadiri majlis ilmu, kerana menurut katanya..walau kita kerap ke majlis ilmu dan ilmu yg disampaikan tu kadangkala diulang2 TAPI mesti ada 1 ilmu yg berguna diperlukan kita utk diri kita, yg akan kita amalkan. Hakikatnya mmg betul pun, kadang2 dlm 5 majlis ilmu yg kita pegi tu..majlis ilmu yg ke 5 tu la yg tiba2 ada perkara yg menusuk di hati kita, membuat kita tersedar akan kepentingan dan manfaatnya pada diri kita..Manakala dlm majlis ilmu yg sebelum2 ni, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ini semua benar.

Seperti biasa, sejarah kelahiran Nabi semua dah sedia maklum..cuma apa yg aku nak share kat sini..amalan2 yg ustaz tu bagi utk di amalkan atau utk di ambil perhatian oleh kita semua. SharingIsLoving pun akan share ngan kawan2 semua..biarla kita mendapat manfaatnya k.

1) Waktu2 mustajab utk berdoa pada Allah: Waktu Hujan lebat, Waktu malam terutama 1/3 malam, Waktu lepas solat, waktu sujud dan byk lagi waktu..(boleh juga kawan2 baca buku 101 doa para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran - Khasiat & Kaifiat beramal oleh Ustaz Hj. Zahazan Mohamed). Ustaz cite, biasanya ibu2 ni, kalau anak2 main hujan mula la menjerit "jgn main hujan, nanti demam!"..sah2la anak tu akan demam..that's why doa ibu ni dimakbulkan Allah..setiap perkataan juga merupakan doa. So waktu hujan, cakap & sebutla perkara2 yg baik aje..

2) Memulakan doa dgn pujian2 kepada Allah dan Selawat kepada Nabi. Begitu juga ketika menutup doa.

3) Jgn lupa solat 5 waktu. Ustaz bgtau, ramai org yg tak solat ketika majlis perkahwinan. Dah le baru kahwin, x solat sbb sayang make up, pastu ada kugiran etc..waktu bersanding kul 2, sebelum tu dah make up bagai, Zuhur dah tinggal pastu amik2 gambo, makan beradap ler..gitu gini dah masuk Asar pulak..(isk..betul gak kata ustaz)

4) Jgn ada 'kasta' dlm majlis perkahwinan. Contoh: 'makan beradap', sbb tak semua org dpt mkn ikan siakap sweet sour, udang yg dihias menjalar2, buah2an dlm bakul, kek bertingkat2..hehe..kalau ada yg pregnant mesti teringin katanya. Wlupun dijanjikan kek tmpt lain, tp si prenancy ni nak jugak menjamah yg kat majlis kawin tu..anak2 kecik menangis2 nak kek, tp parents pulak takkan nak g meja makan pengantin..mintak kek. so semuanya dok menjeling2 je..telan air liur..hehe..isk3..

5) Sebagai ibu bapa, seharusnya kalau menelefon anak2, atau anak2 menelefon ibu bapa..perkara wajib yg ditanya adalah 'sudahkah kamu sembahyang/solat?' Wlupun anak2 dah duduk jauh dari ibu bapa, dah kawin tp ibu bapa mesti mengingatkan anak2 supaya sembahyang. Apatahlg bila duduk serumah, mesti suruh anak sembahyang. Kejutkan dia kalau tidur dan sebagainya. So lepas ni, kita saling ingat mengingatkan k. Si isteri ingatkan suami, begitu juga sebaliknya. (Ops..Tingat waktu aku keje di PJ dulu, saling ingat mengingatkan waktu solat dgn sahabat. Sampai skrg pun..saling bertanya, awak dah solat ke belum? Jom solat. Jom kita solat sama2.)

6) Melembutkan hati suami/isteri/anak2. Bacakan Surah Toha Ayat 1-5, Surah Al-Hasyri ayat 21, Surah Al-Fatihah (Iyyakanakbudu Wa Iyyakanasta'in). Baca perlahan dan tiup di ubun2 mereka. Utk anak dalam kandungan, usap di perut. Juga boleh dilakukan ketika mencuci beras, sambil mencuci beras dan menggenggam beras tu.

Itula serba sikit yg aku dpt share. Moga kawan2 mendapat manfaatnya. InsyaAllah. Aku pun tak terkecuali..dari masa ke semasa cuba memperbaiki diri. Masih byk kekurangannya. Takut bila memikirkannya.

Thursday, March 10, 2011

Dinner wif friends..

..arini meluangkan masa bersama kawan2, dinner di TGI Fridays. Memeriahkan suasana mlm..aku merempit bawak diorang ni..yg penting sbb nak bawak kawan kita yg sorang ni makan steak..dah tak nyempat2..hehe..

Dinner mlm ni, mcm2 rasa ada..mcm besday party pun ada sbb kebetulan TGI Fridays ada celebrate "MARDI GRASS" mlm ni..so, happening jugakla..ngan belon2 merata tempat..belum lg yg meletup di sana sini..dgn sorakan diorang la..tp layanan diorang mmg best! Lepas kami order..kami sembang2 la..biasala sembang pasal keje yg takde kesudahan tu..layannnnnnnn..
Makanan yg kami order..x yah aku sebut 1 by 1, name pun omputih..
Ni actually bukan direct boss kami..cite ttg dia ni..boleh menitis airmata la..samada airmata gembira atau duka..huhu..Memula kenal dia ni, tersangatla strictnye..aduhai, mmg semua org tak puas hati la..termasuk aku yg pernah kena mcm2 dgn dia ni..menangis sakan pun ada la..tak caye? tanye dia n kawan2 aku yg lain..perkataan sarcastic, boombastic semua kuar dari mulut dia, tak kira ngan sape pun..sampai ada 1 ketika, asal terserempak je kami lari la ikut jalan lain..punye x suke ngan dia..tp mesti ada sebab kenapa dia jd mcm tu kan? End up, kami jadi kawan..saling menasihati, mengingatkan antara 1 sama lain..byk perkara yg aku belajar dari dia ni..dan dia ni mmg byk ilmu..tak rugi bersahabat dgn dia ni..mr asbo.

Ini Zura & Dora..anak2 buah aku merangkap junior masa kat U dulu..cuma kenal di sini..di mana? tak perlu aku sebutkan..hahahaha..juga dah byk susah & senang bersama..senang?? no komen..Byk yg kami share..life, love etc..moga korang tabah k. Apapun bentuk badan diorang sama mcm aku..slim jek..hahahahha..bila tensen muke semua naik jerawat..pastu bila dah kurang tensen, jerawat tetap tak surut2..hehe..