Nice 2 share..

"Make urself a better person and know who u r be4 u try and know someone else and expect them 2 know u.."

Monday, March 14, 2011

Kawal Emosi

Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya, sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri.

Seorang penyair ada mengatakan,

"Apabila air mata ini mengalir dengan derasnya namun tidak menuju kebahagiaan, maka air mata itu adalah sia-sia".


Jadi, kawal emosi dan usah biarkan ia menguasai diri kerana jika emosi di luar kawalan, ia mengundang bisikan syaitan. Oleh itu, reda akan setiap perkara yang ditakdirkan ke atas diri dan mohonlah keberkatan dalam setiap amal kebajikan yang dilakukan.


Allah berfirman:

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaku, masuklah ke dalam syurga-ku".
- Al-Fajr:27-30.



Sumber: Majalah Nur.
Keluaran Disember 2009.
Ruangan Hadith & Falsafah.



Kenapa aku taip semula dalam blog aku ni? Sebab ia memberi kesedaran dan motivasi pada diri aku..semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran yg silih berganti dalam hidup kita ni..yg pastinya di dunia yg sementara ni. Kenapa majalah 2009? Dan bukan 2011? Kerana aku baru je berpeluang membelek2 majalah lama simpanan aku..yg sebelum ni aku tak sempat nak baca..boleh gitu? Biasala, ada masa kita nak bukak balik majalah2 lama dalam simpanan kita..sebab tu, majalah aku tak buang..sayang beb! byk information dlm tu, resepi, busana, interior design..mmg mcm2.. tp tu ler..masa pindah randah mmg kena marah le sbb berat nak mengangkat..pekakkan telinga je..sekarang majalah2 aku byk aku letak kat umah mak di kg. hehe..itupun byk yg dah kena ambil ngan sedara mara..ambik baca ok, tp jgn la dibuang ek..hehe..

No comments: