..Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat SABAR. Jgn dilihat manusia yg menjadi 'sebab', lihat dgn mata hati yg Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti redha.
Nice 2 share..
Tuesday, May 3, 2011
Drama Korea lagi..
Apa?? Kes Pecah Rumah..hu3.
Aku: Dik (guard muda), apsal polis tu & ramai2 tu?
Adik Guard: Oo..ada org tu potong rumput, dia bawak kapak pulak kak..tu yg call polis tu.
Aku: Ye ker? Alamak! (Terdiam..). Dalam hati berkata2..baru je masuk tv tgh hari, ptg dah ada kes lagi..isk..!
Ye la, perumahan ni baru lg..pastu blakang perumahan ni ada construction utk rumah fasa baru..pastu plak dlm perumahan ni pun still ada renovation umah2 yg baru nak duduk..so mcm2 hal la berlaku..mmg kena hati2..hu3.
Umah korang camane? Ada kes mcm ni tak? Rasa2nya mana2 pun ada, kan..doa byk2..Baca Ayatul Kursi, 3 Kul dan Bismillahirrahmanirrahim 21 kali sebelum tido. InsyaAllah, Allah lindungi kita.
Friday, April 29, 2011
Get Well Soon.
Yang paling aku tak sangka..mlm tu ex boss aku ni dtg umah aku kul 11.50pm - 2.30am..anta maruku yg aku beli dari kawan..Mcm2 kami sembang..makan2, minum2, layan cite korea lagi..cite pasal nak g umrah,..aduhai, mcm2 cite la sbb dah beberapa bulan kami tak jumpe..Mmg gitu la kekdahnye..saling tukar cite..kami biasa jumpe kat kedai mamak pekena roti canai ngan kari kaki ayam atau dia dtg umah aku.
Mendebarkan bila aku dpt tau dia dah sakit2 tu, boleh plak drive sensorang balik kl..aduhai..tolongla jgn buat mcm ni..sebelum ni pun pernah dia buat perkara yg sama..apapun aku lega bila dpt sms wife dia, tanye ttg keadaan dia..Alhamdulillah..Mlm td dpt sms dr JH, gtau yg dia baru balik melawat ex boss aku kat spital..And ex boss aku pesan suruh gtau aku jgn risau2, dia ok..mana tak risau, elok sembang, gelak, makan, minum sama2 tetiba dgr kat spital..mau luruh jantung aku..air mata dah bergenang je..aku tahan sbb malu ngan kwn2..aku harap lepas ni dia dapat kurangkan travel kl-jb. Duduk diam2 opis pj tu..jaga kesihatan ye, Bah..Kan mmg dah tau 'abah' tu tak sihat sgt..Kami risau tau tak??
Tuesday, April 26, 2011
Menolak Lamaran doesn't mean i don't like u..
Monday, April 25, 2011
Muhasabah Diri..penting!
Sebagai manusia biasa kita tak lepas dari melakukan kesilapan dan sering berada dalam kealpaan..yang penting kita perlu Muhasabah diri..Itu adalah yg terbaik. Sekurang2nya menyedarkan diri betapa kerdilnya kita di sisi-Nya lantas menambahkan keinginan untuk terus menghambakan diri pada-Nya, hingga akhir hayat.
Teringat bila tiap2 minggu pada majlis Yassin & Tahlil, Ustazah baca doa yang panjang hinggakan lenguh dan kebas2 kaki..tertanye juga dalam hati..bila Ustazah nak habis baca doa ni..lepas satu, satu lg doa dibaca..Akhirnye dua minggu lepas Ustazah sendiri memaklumkan pada kami, kenapa dia baca doa yg panjang dalam majlis tersebut..Katanya, setiap hari kita keje, waktu solat tak sempat nak berdoa pada Tuhan sepenuh hati, takde masa nak berdoa panjang2 sbb kejarkan masa nak siapkan kerja dan pelbagai xtvt lain, jadi apa salahnye pada mlm Jumaat ketika lepas majlis Yassin & Tahlil tu, kita baca doa panjang sikit..Emm..betul kan? Akhirnya masing2 faham & akur..menerima dgn hati terbuka.
Sukarnya Membuat Pilihan..
InsyaAllah, semuanye berjalan dgn lancar..kerana aku yakin pada-Mu, Ya Allah akan kekuasaan Mu. Segala yg baik datang dariMu dan yang tak baik itu dari diriku jua..
Thursday, April 7, 2011
Kenduri Dan Nasi Ambang (Ambeng)..
Ini rupa sebenar nasi ambeng..tgk tu..penuh dgn nasi..maklumlah 1 dulang besar. Nasi ambeng ni akan dimakan oleh 4 org tetamu. Diorang akan makan nasi tu sikit..of course tak habiskan? bykkan..so, apa diorang buat dgn balance? diorang akan bahagi kepada 4 bahagian dan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah masing2. Sebab tu lauk pauk tu semua ada 4 portion. So adilkan? Emm..skrg ni ramai yg tak makan sgt pun, diorang prefer makan kuih2 & minum..pastu diorang terus bungkus nasi utk dibawa balik. Kalau korang jd ahli keluarga, korang nak makan tak nasi yg balance tu bila mak/ayah korang bawak balik ke rumah? Em..ada yg nak makan, ada gak yg tak nak..geli katanya sbb bercampur aduk nasi & lauk..tp kalau nak tau..nasi ambeng yg mak/ayah kami bawak balik tu la yg kami tunggu2..sedap & nikmat, sanggup kosongkan perut semata2 nak tunggu nasi ambeng..makan pun berebut2 sorang sikit..kata org tua2, nasi tu berkat sbb mak/ayah kita balik dari majlis agama yang dah tentunya diberkati oleh Allah. InsyaAllah.
Kuih muih ni..bykkan? korang tau ada brape byk? 12 jenis semuanye..Mak buat semua tu ke? Oh tidak..mak buat 2 jenis je..karipap & kuih sarang lebah..yg lain tu semua sedara mara & jiran2 bagi..mulia sungguh hati diorang sbb bg mak aku kuih utk memeriahkan kenduri. Tak terhabis nak makan sendiri..jadi kami potong2 & susun dalam pinggan besar supaya semua jemaah dapat merasa. Tak tersebut aku ngan kuih2 yg ada ni..ada kek coklat, ada bahulu, kuih kaswi etc..