
..Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat SABAR. Jgn dilihat manusia yg menjadi 'sebab', lihat dgn mata hati yg Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti redha.
Nice 2 share..
Tuesday, March 29, 2011
Love You A Thousand Times..korean drama

Email dari sahabat yg ikhlas bila bersahabat..

Inilah dia penangan sahabat..yg baik akan dikenang..yg buruk dijadikan tauladan..dalam mencari sahabat, carila yg jujur, ikhlas bersahabat dgn kita..bukan kerana sesuatu. Sahabat yg baik sanggup bersusah senang bersama, ketawa menangis bersama..bukan melukai hati sahabatnye dari masa ke semasa..
Friday, March 18, 2011
Reading..
Ini?? Majalah Ujang..kenapa aku beli majalah ni? Isk..utk hiburkan hati aku yg tensen!..beli baca gelak sensorang..tp kalau dah tensen tahap gaban, baca majalah ni pun takde perasaan. Muke poyo je..Hampeh! hahahahha..betul..aku tak tipu..muke cencorot je..sbnrnye aku tak abis pun baca majalah ni..ni tahun lepas punye!!
Monday, March 14, 2011
Kawal Emosi

Ruangan Hadith & Falsafah.
Sunday, March 13, 2011
Maulidur Rasul.

Abah mmg berharap agar majlis tu dpt dibuat hujung minggu supaya kami dpt balik kg..berkebetulan abah ada buat Aqiqah seekor kambing utk cucu barunya..jadi kambing tu disedekahkan ke surau. Moga semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.
Petang tu, hujan turun dgn lebatnya. Abah dah pegi dulu sebelum Maghrib. Lepas solat maghrib aku, hubby, mak & mak long ke surau nek kete..nak berjemaah solat Isya' di sana. Selesai solat Isya', semua jemaah diberi makan..Nasi beriyani, lauk daging kambing, kari ayam dan juga acar timun + nanas. Makan pulak dalam dulang besar..seronok! Air minuman mlm tu, Oren. Dan ada juga yg sedekah buah nangka..Alhamdulillah kami dpt makan di tempat solat perempuan..hanya kami berenam jemaah perempuan..Dapat makan dengan selesa dan tenang..Yg lainnya makan di dalam Dewan Hj. Ibrahim.
Ustaz malam tu bekas Imam Masjid Rengit..kiranye baru seminggu beliau dipindahkan ke masjid Yong Peng..aku sendiri tak pasti Masjid yg mana di Yong Peng tu..Ustaz muda dan bertenaga memberi ceramah. Ceramah mlm tu berkisar tentang sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga akhlak Nabi dan para sahabat. Dikaitkan dengan akhlak manusia zaman sekarang, mmg jauh bezanya. Ustaz menggalakkan semua yg hadir utk kerap menghadiri majlis ilmu, kerana menurut katanya..walau kita kerap ke majlis ilmu dan ilmu yg disampaikan tu kadangkala diulang2 TAPI mesti ada 1 ilmu yg berguna diperlukan kita utk diri kita, yg akan kita amalkan. Hakikatnya mmg betul pun, kadang2 dlm 5 majlis ilmu yg kita pegi tu..majlis ilmu yg ke 5 tu la yg tiba2 ada perkara yg menusuk di hati kita, membuat kita tersedar akan kepentingan dan manfaatnya pada diri kita..Manakala dlm majlis ilmu yg sebelum2 ni, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ini semua benar.
Seperti biasa, sejarah kelahiran Nabi semua dah sedia maklum..cuma apa yg aku nak share kat sini..amalan2 yg ustaz tu bagi utk di amalkan atau utk di ambil perhatian oleh kita semua. SharingIsLoving pun akan share ngan kawan2 semua..biarla kita mendapat manfaatnya k.
1) Waktu2 mustajab utk berdoa pada Allah: Waktu Hujan lebat, Waktu malam terutama 1/3 malam, Waktu lepas solat, waktu sujud dan byk lagi waktu..(boleh juga kawan2 baca buku 101 doa para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran - Khasiat & Kaifiat beramal oleh Ustaz Hj. Zahazan Mohamed). Ustaz cite, biasanya ibu2 ni, kalau anak2 main hujan mula la menjerit "jgn main hujan, nanti demam!"..sah2la anak tu akan demam..that's why doa ibu ni dimakbulkan Allah..setiap perkataan juga merupakan doa. So waktu hujan, cakap & sebutla perkara2 yg baik aje..
2) Memulakan doa dgn pujian2 kepada Allah dan Selawat kepada Nabi. Begitu juga ketika menutup doa.
3) Jgn lupa solat 5 waktu. Ustaz bgtau, ramai org yg tak solat ketika majlis perkahwinan. Dah le baru kahwin, x solat sbb sayang make up, pastu ada kugiran etc..waktu bersanding kul 2, sebelum tu dah make up bagai, Zuhur dah tinggal pastu amik2 gambo, makan beradap ler..gitu gini dah masuk Asar pulak..(isk..betul gak kata ustaz)
4) Jgn ada 'kasta' dlm majlis perkahwinan. Contoh: 'makan beradap', sbb tak semua org dpt mkn ikan siakap sweet sour, udang yg dihias menjalar2, buah2an dlm bakul, kek bertingkat2..hehe..kalau ada yg pregnant mesti teringin katanya. Wlupun dijanjikan kek tmpt lain, tp si prenancy ni nak jugak menjamah yg kat majlis kawin tu..anak2 kecik menangis2 nak kek, tp parents pulak takkan nak g meja makan pengantin..mintak kek. so semuanya dok menjeling2 je..telan air liur..hehe..isk3..
5) Sebagai ibu bapa, seharusnya kalau menelefon anak2, atau anak2 menelefon ibu bapa..perkara wajib yg ditanya adalah 'sudahkah kamu sembahyang/solat?' Wlupun anak2 dah duduk jauh dari ibu bapa, dah kawin tp ibu bapa mesti mengingatkan anak2 supaya sembahyang. Apatahlg bila duduk serumah, mesti suruh anak sembahyang. Kejutkan dia kalau tidur dan sebagainya. So lepas ni, kita saling ingat mengingatkan k. Si isteri ingatkan suami, begitu juga sebaliknya. (Ops..Tingat waktu aku keje di PJ dulu, saling ingat mengingatkan waktu solat dgn sahabat. Sampai skrg pun..saling bertanya, awak dah solat ke belum? Jom solat. Jom kita solat sama2.)
6) Melembutkan hati suami/isteri/anak2. Bacakan Surah Toha Ayat 1-5, Surah Al-Hasyri ayat 21, Surah Al-Fatihah (Iyyakanakbudu Wa Iyyakanasta'in). Baca perlahan dan tiup di ubun2 mereka. Utk anak dalam kandungan, usap di perut. Juga boleh dilakukan ketika mencuci beras, sambil mencuci beras dan menggenggam beras tu.