Nice 2 share..

"Make urself a better person and know who u r be4 u try and know someone else and expect them 2 know u.."

Monday, April 25, 2011

Muhasabah Diri..penting!

Rezeki..pagi2 td dah bercakap pasal rezeki dgn HB, dgn teman2 rapat. Ya, rezeki kita di Tangan Allah..bukan di tangan org lain..apa yg kita perlu buat? usaha, berdoa, bertawakkal kepada-Nya. Mohonla apa jua dengan-Nya, kerana Allah Maha Mendengar. Allah Maha Penyayang, Pemurah dan Mengasihani. Hanya Allah yg mengetahui apa yg terbaik utk kita. Namun, jgn hanya kerana bila sukar kita memohon dari-Nya..tp bila senang melupakan-Nya..

Sebagai manusia biasa kita tak lepas dari melakukan kesilapan dan sering berada dalam kealpaan..yang penting kita perlu Muhasabah diri..Itu adalah yg terbaik. Sekurang2nya menyedarkan diri betapa kerdilnya kita di sisi-Nya lantas menambahkan keinginan untuk terus menghambakan diri pada-Nya, hingga akhir hayat.

Teringat bila tiap2 minggu pada majlis Yassin & Tahlil, Ustazah baca doa yang panjang hinggakan lenguh dan kebas2 kaki..tertanye juga dalam hati..bila Ustazah nak habis baca doa ni..lepas satu, satu lg doa dibaca..Akhirnye dua minggu lepas Ustazah sendiri memaklumkan pada kami, kenapa dia baca doa yg panjang dalam majlis tersebut..Katanya, setiap hari kita keje, waktu solat tak sempat nak berdoa pada Tuhan sepenuh hati, takde masa nak berdoa panjang2 sbb kejarkan masa nak siapkan kerja dan pelbagai xtvt lain, jadi apa salahnye pada mlm Jumaat ketika lepas majlis Yassin & Tahlil tu, kita baca doa panjang sikit..Emm..betul kan? Akhirnya masing2 faham & akur..menerima dgn hati terbuka.

No comments: